Carian
Ujian Pelancaran Boeing Starliner Ditunda Kerana Masalah Injap Roket
August 4, 2021 Nazrin

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa Boeing telah diberi isyarat hijau oleh NASA untuk menjalankan ujian pelancaran kapal angkasa Boeing Starliner mereka yang akan digunakan untuk menghantar kru dari bumi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tanpa pemandu. Ujian ini, yang merupakan ujian kali kedua ialah ujian tanpa kru untuk melihat samada kapal tersebut boleh mendarat di stesen tersebut tanpa masalah atau tidak.

Sayangnya, ujian tersebut terpaksa ditunda kerana masalah injap roket yang mungkin akan menyebabkan masalah sewaktu pelancaran kelak. Perkara ini disahkan oleh Boeing dan ditemui tidak lama sebelum waktu pelancaran kapal Starliner tersebut.

Walaupun ujian pelancaran ini tidak mempunyai kru manusia didalamnya, Boeing dilihat menunda ujian pelancaran tersebut untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Boeing mengatakan bahawa tarikh ujian pelancaran baru akan diumumkan kelak.

Komen