Carian
Siri IQOO 8 Akan Dilancarkan Di China Pada 17 Ogos 2021
August 3, 2021 Amy Maizuraa

IQOO dilihat telah bersedia untuk memperkenalkan telefon pintar baru keluarannya tidak lama lagi. Telefon pintar berkenaan adalah siri iQOO 8 dan ia telah dijadualkan membuat kemunculan rasminya dalam tempoh kira-kira dua minggu daripada sekarang – iaitu 17 Ogos 2021. Acara pelancaran bakal berlangsung di China dan siri IQOO 8 dijangka hadir dalam dua model berbeza – iaitu iQOO 8 dan iQOO 8 Pro.

Menurut spekulasi awal, siri iQOO 8 bakal menampilkan keupayaan paparan, cip pemprosesan dan pengecasan pantas yang lebih baik. Di mana, ia dikhabarkan hadir dengan paparan Samsung E5 LTPO yang turut menyokong resolusi mencecah 2K dan kadar segar semula 120Hz. Di samping itu, ia juga berkemungkinan lengkap dengan panel hadapan berlubang bersama binaan sisi yang melengkung.

Dalam pada itu, laporan juga mendakwa telefon pintar dengan nombor model V2141Ab boleh merujuk kepada salah satu model untuk siri iQOO 8. Telefon pintar tersebut ditemui lengkap dengan cip Snapdragon 888+ dan mempunyai memori sehingga 16GB RAM. Bagaimanapun, ia ditawarkan melalui ciri memori maya – di mana ia membolehkan IQOO menambah 4GB RAM secara maya pada telefon pintar berkenaan yang dijangka sedia menawarkan 12GB RAM.

Di samping itu, ia juga dipercayai menawarkan ruangan tambahan yang boleh dikembangkan sehingga had maksimum 256GB bersama-sama dengannya. Butiran lain menunjukkan ia juga berkemungkinan besar menjalankan antaramuka OriginOS 1.0 berasaskan Android 11. Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang diketahui mengenai telefon pintar.

Sumber : Weibo, Gizmohina

Komen