Pengguna di Malaysia kini menerima sebuah lagi penawaran telefon pintar di bawah siri Samsung Galaxy M. Telefon pintar yang dimaksudkan adalah Samsung Galaxy M32 dan boleh dibeli pada harga RM1,099 untuk sebuah. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi laman Lazada bermula hari ini. Tetapi, jika mahukan lebih penjimatan berganda, dapatkannya ketika Jualan Lazada 8.8 yang ditawarkan pada harga serendah RM888 sahaja.

Jika diteliti dengan baik, penawarannya sedikit berbeza dengan model Samsung Galaxy M32 yang dilancarkan di India sebelum ini. Di Malaysia, Samsung Galaxy M32 dilengkapi skrin bersaiz 6.4-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel). Seterusnya, ia menggunakan cip pemproses lapan teras dengan kelajuan mencecah 2.0GHz, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 25W.
Sistem kuad-kamera digunakan di sini dengan tetapan sensor utama 64-Megapixel (utama). 8-Megapixel (Ultra-lebar), 2-Megapixel (makro) dan 2-Megapixel untuk tujuan kedalaman. Kamera hadapan pula sebesar 20-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, Android 11 dan banyak lagi.