Walaupun WhatsApp masih ada isu dengan privasi dan sekuriti pengguna yang sukar untuk dipercayai dan pelbagai kecaman telah diterima oleh aplikasi permesejan ini, ia masih lagi digunakan oleh ramai orang.
Demi meyakinkan lagi para pengguna mereka, WhatsApp kini dilaporkan akan menawarkan sokongan sandaran dengan penyulitan hujung-ke-hujung dari dalam peranti. Setiap sandaran yang dilakukan akan melalui proses penyulitan E2EE tidak lama lagi khusus untuk pengguna di platform Android.
Sokongan penyulitan ini sebelum ini terhad kepada sandaran di Google Drive sahaja. Dengan penggunaan WhatsApp turut boleh dilakukan pada peranti tanpa GMS, sokongan penyulitan ini amat berguna untuk pengguna peranti seperti yang menjalankan Harmony OS atau EMUI.
Ciri ini akan diedarkan dalam kemaskini akan datang.