Xiaomi Kini Pengeluar Nombor Satu Di Eropah Pada Suku Kedua 2021

Diterbitkan pada Ogos 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini kami melaporkan Xiaomi kini adalah pengeluar peranti dengan pegangan pasaran kedua terbesar dunia suku pada suku kedua 2021. Kini menurut laporan Strategy Analytics, Xiaomi kini adalah pengeluar dengan pegangan pasaran terbesar di Eropah pada suku kedua 2021.

Xiaomi memegang 25.3% pasaran di hadapan Samsung (24%), Apple (19.2%), Oppo (56%) dan Realme (3.8%). Statistik paling menarik ialah Realme mencatatkan peningkatan 1800%, Oppo meningkat 180% dan Xiaomi pula 675. Di antara lima pengeluar terbesar di Eropah ini, hanya Samsung mengalami pengecutan pasaran.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami