Cari @ Amanz

Waze Kini Menawarkan Suara “Master Chief” Dari Halo Untuk Menemani Anda Memandu

Oleh Aman

Link Copied!

Waze sering hadir dengan kandungan eksklusif bersama beberapa rakan kerjasama. Terbaru, Waze dilihat bekerjasama dengan Microsoft dalam menawarkan suara dan juga grafik Master Chief melalui aplikasi mereka.

Melalui penawaran ini, pengguna boleh memilih suara watak Master Chief atau Escharum dari siri Halo untuk menemani anda ketika memandu. Disamping itu, anda juga boleh memilih gambar watak untuk dipaparkan sebagai ikon kenderaan ketika anda memandu.

Untuk membuat perubahan, anda hanya perlu ke halaman tetapan, memilih Voice & Sound > Waze Voice > dan memilih sama ada Master Chief atau Escharum.


Komen ()