Carian
A&W Malaysia Membolehkan Anda Melakukan Tempahan Melalui WhatsApp – Tawar Diskaun 30%
August 4, 2021 Aman

Dengan persaingan dalam arena penghantaran makanan, kini A&W mencuba alternatif mereka tersendiri dengan melakukan tempahan melalui WhatsApp, dan menyediakan penghantaran percuma.

Ditawarkan secara terhad di sejumlah lokasi terpilih sekitar Lembah Klang, orang ramai yang berminat boleh melakukan tempahan dengan menghantar WhatsApp ke talian +6011 1722 3000.

Perkhidmatan tempahan melalui WhatsApp telah diuji A&W sejak beberapa bulan lepas, tetapi kini ia ditawarkan di lokasi lebih meluas. Antaranya adalah termasuk di A&W Kepong, A&W 1 Mont Kiara, A&W Seventeen Mall, A&W TTDI, A&W Citta Mall, A&W Petronas Bandar Kinrara, A&W Cyberjaya, A&W DPulze Cyberjaya Mall, A&W G Village, A&W IOI Puchong Mall, A&W Setapak Central, dan juga A&W Wangsa Walk Mall.

Melalui promosi yang dipaparkan juga, A&W mengatakan mereka menawarkan diskaun 30%, dan diskaun RM4 untuk yuran penghantaran. Bagi anda berminat, boleh mulakan dengan menghantar mesej melalui WhatsApp ke talian +6011 1722 3000.

Komen