Carian
WhatsApp Memperkenalkan View Once – Gambar dan Video Yang Hilang Selepas Dibuka Sekali
August 4, 2021 Effi Saharudin

Kadang kala anda hanya ingin berkongsi maklumat peribadi seperti kod laluan pintu rumah dan WiFi. Tetapi kerap kali imej yang sepatutnya ditonton hanya sekali kemudiannya disimpan lebih lama dari septutnya. Bagi mereka yang ingin berahsia, ciri View Once kini dilancarkan secara rasmi di WhatsApp.

Menerusi View Once, gambar dan video yang dihantar akan dipadam selepas dibuka sekali. Ikon khusus akan dipaparkan pada imej kecil menandakan ia imej atau video yang hanya boleh dibuka sekali. Jika hantaran tidak dibuka selepas 14 hari, ia secara automatik akan terpadam kerana melepasi tempoh luput. Ciri ini boleh digunakan pada WhatsApp versi peranti pintar dan juga web bermula hari ini selepas aplikasi dikemaskini.

Komen