Realme Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna

Diterbitkan pada Ogos 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme kini mengumumkan pencapaian terbaharu mereka, mengatakan mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia.

Ini boleh dikatakan salah satu perkembangan yang sangat positif dan pantas untuk pihak Realme. Sebelum ini, Realme telah menyertai arena telefon pintar pada 4 Mei 2018 yang lepas, dan kini selang tiga tahun, Realme mencatatkan angka 100 juta pengguna.

Daripada angka berkenaan, 50 juta pengguna adalah daripada India sendiri.

Selain telefon pintar, Realme juga kini turut telah mula melihat kepada arena lain – terutamanya peranti berhubung, selain pada tahun ini turut dijangka memperkenalkan komputer riba dan juga tablet tersendiri.

Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna Realme? Adakah anda berpuas hati dengan jenama ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami