Celcom Memulakan Proses Menamatkan Rangkaian 3G Secara Berperingkat Sehingga Disember 2021

Diterbitkan pada Ogos 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom sebelum ini mengumumkan mereka akan menghentikan rangkaian 3G mereka menjelang penghujung 2021. Kini mereka mula menghantar SMS kepada pelanggan mengesahkan proses menamatkan rangkai 3G telahpun dimulakan secara berperingkat sehingga akhir Disember 2021.

SMS mula dihantar kepada pelanggan pagi ini mengingatkan mereka untuk menggunakan peranti dan SMS yang menyokong rangkain 4G bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan yang akan berlaku. Mereka juga digalakkan untuk mengingatkan ahli keluarga yang turut masih menggunakan peranti 3G.


Celcom ialah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan rangkaian 3G pada tahun 2006 sebelum kemudiannya menawarkan 4G pada tahun 2013. Penamatan khidmat 3G adalah perlu bagi menawarkan rangkaian 5GH pula serta menambah baik perkhidmatan 4G LTE sedia ada kepada kawasan yang lebih luas.

Sumber Celcom

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami