Asus ROG Phone 5 Ultimate Dengan 18GB RAM Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Pada Harga RM4999

Diterbitkan pada Ogos 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Asus ROG Phone 5 Ultimate telah diumumkan secara rasmi di Malaysia sekitar bulan Mac yang lalu. Terkini, sesi pra-tempahan untuknya akan mula dibuka bermula 8 – 21 Ogos 2021 menerusi platform atas talian seperti Lazada dan juga Shopee. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM4,999 dan setiap pra-tempahan didatangkan dengan hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM1099 – yang terdiri dengan ROG STRIX Go Core (Moonlight White) dan Ultimate Fan Gift Box.

Asus ROG Phone 5 Ultimate dilengkapi skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz dan HDR10+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 888, memori 18GB RAM (LPDDR5), storan dalaman 512GB (UFS 3.1) dan bateri berkapasiti 6000mAh. Seterusnya, ia juga menggunakan tetapan tri-kamera dengan tetapan 64MP + 13MP + 5MP dengan teknologi Quad Bayer dan kamera swafoto pula adalah 24MP.

Beralih ke pembesar suara, Asus sekali lagi menggunakan sistem pembesar suara stereo dengan sokongan GameFX dan Dirac HD Sound yang dikuasakan oleh cip AMP Cirrus Logic CS35L45 Mono. Terdapat empat mikrofon terbina daripad OZO untuk pengurangan hingar ketika bermain permua dan melakukan penstriman secara langsung.

Untuk ciri dan fungsi gaming baharu, Asus turut menawarkan AirTrigger 5 dengan pengoptimasian dan sensitiviti yang lebih baik. Turut disertakan adalah sensor di panel belakang peranti untuk kawalan tambahan dan ia turut menggunakan sistem penyejukan baharu “GameCool 5”.

Pra-tempah : ROG Phone 5 di Lazada
Pra-tempah : ROG Phone 5 di Shopee

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami