Cari @ Amanz

Di Amerika Syarikat TikTok Kini Ditawarkan Sebagai Hiburan Percuma Dalam Kapal Terbang

Link Copied!

Ketika terbang di awanan tinggi, sistem hiburan dalam pesawat ialah cara melepaskan kebosanan ketika dalam perjalanan yang jauh. Filem ditonton kerana perkhidmatan internet yang perlahan dan mahal biasanya diberikan oleh syarikat penerbangan. Tetapi untuk penumpang America Airlines, mereka kini boleh menikmati video TikTok tanpa henti secara percuma.

Ini adalah sebahagian daripada cara America Airlines menarik penumpang terutamanya di kalangan muda untuk menggunakan perkhidmatan mereka serta menunjukkan kepantasan internet generasi baharu yang ditawarkan mereka. Dengan TikTok kini menjadi aplikasi menonton video paling popular, penumpang boleh menggunakan perkhidmatan internet dalam pesawat secara percuma dan menonton TikTok sepuas hati.

Sekiranya TikTok tidak menarik minat penumpang, America Airlines masih menawarkan perkhidmatan hiburan dalam pesawat dengan lebih 600 filem dan siri TV seperti biasa.


Komen ()