Carian
Honor X20 Akan Dilancarkan Di China Pada 12 Ogos 2021
August 4, 2021 Amy Maizuraa

Persoalan mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk Honor X20 kini terjawab selepas jenama berkenaan berkongsi mengenainya dalam satu poster di Weibo. Ia menunjukkan Honor X20 bakal membuat kemunculan rasminya pada 12 Ogos 2021 yang juga merupakan tarikh pelancaran untuk Honor Magic 3 dan tablet Honor V7 Pro.

Seperti yang dapat dilihat, poster berkenaan turut menunjukkan rekaan fizikal pada peranti. Di mana, ianya mirip seperti rekaan yang diperlihatkan dalam beberapa imej sebenar beberapa hari yang lalu. Honor X20 mempunyai paparan hadapan berlubang berbentuk pil dengan sokongan kamera swafoto tunggal. Panel belakang pula lengkap dengan sistem tri-kamera yang ditempatkan dalam modul kamera berbentuk bulat. Untuk sekuriti, pengimbas cap jari sisi digunakan yang terbina pada butang kuasa di sisi kanan.

Tidak habis disitu, poster turut mengesahkan bahawah Honor X20 akan dibekalkan skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan pengecasan pantas 66W. Turut kelihatan, ia juga akan menggunakan dijanakan dengan cip berteknologi 6nm yang masih tidak diketahui secara khusus.

Tetapi, spekulasi awal mendakwa ia akan dibekalkan cip MediaTek Dimensity 900 – yang juga merupakan cip pemprosesan yang berteknologi 6nm. Untuk harga, Honor X20 dijangka dijual sekitar RMB2000 (~RM1,306). Benar atau tidak, segalanya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Komen