Cari @ Amanz

DHL akan memulakan operasi menggunakan pesawat kargo seawal 2024. Mereka telah memesan 12 pesawat elektrik Eviation Alice menjadikan DHL syarikat kargo pertama menggunakan pesawat elektrik yang lebih lestari dan mesra alam.

Setiap pesawat Eviation Alice boleh membawa 1200 kg kargo dengan jarak operasi penerbangan sehingga 815 km dengan sekali caj dan terbang pada kelajuan maksimum 407 km/j. Pesawat ini pada asalnya dibangunkan untuk membawa 9 penumpang tetapi nampaknya dengan mudah boleh diubah untuk menjadi pesawat kargo.

Di atas kertas pesawat ini tidak mempunyai kemampuan seperti pesawat jet biasa. Namun begitu menurut DHL penggunaan pesawat elektrik lebih ekonomikal untuk perjalanan dekat dengan kapasiti kargo yang kecil. Dengan oleh sebab itulah mereka memesan pesawat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd