Cari @ Amanz

Meme “Friendship Ended” Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Mencapai RM217k

Oleh Aman

Link Copied!

Dalam arena internet, terdapat sejumlah meme yang dikongsikan pengguna – dan kini setiap satunya dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan peminatnya tersendiri apabila ditawarkan dalam bentuk NFT.

Paling terbaru adalah salah satu meme popular yang dikongsikan dalam arena internet, iaitu “Friendship Ended”.

Meme ini popular apabila Asif Raza memilih untuk memutuskan persahabatan dengan berkongsi gambar di Facebook, dan mengumumkan beliau memutuskan persahabatan dengan rakan karib beliau.

Gambar berkenaan dihasilkan dengan penyuntingan yang terlalu asas, membuatkan ia menjadi salah satu meme yang popular.

Menariknya, kini meme berkenaan dilihat telah dibida dalam bentuk NFT pada ilai mencapai 20 ETH atau sekitar RM217k.

Selain nilai yang tinggi ini, untuk makluman, Asi Raza dan Ismail telah pun kembali berbalik sejak kejadian berkenaan.


Komen ()