TikTok Memperkenalkan TikTok Stories – Ciri Perkongsian Yang Hilang Dalam 24 Jam

Diterbitkan pada Ogos 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok kini telah menambah satu lagi ciri baharu pada platform mereka, dinamakan sebagai TikTok Stories.

TikTok Stories menawarkan ciri lebih kurang sama seperti Instagram Stories dan WhatsApp Status, membolehkan anda berkongsi video dan gambar yang hilang dalam tempoh 24 jam.

Apa pun, TikTok menawarkan bentuk antaramuka paparan yang menatal ke bawah untuk melihat perkongsian daripada rakan-rakan. Sementara untuk melihat sesuatu “Stories” dari satu perkongsian ke lain, anda menatal ke bahagian kanan ke kiri.

Dengan langkah pengenalan ini, kita mungkin akan melihat perkongsian lebih aktif dikalangan pengguna – dan angka pengguna aktif yang meningkat.

Ciri TikTok Stories juga akan memudahkan anda mengikuti perkembangan daripada akaun-akaun yang anda ikuti dengan mudah dan senang.

Ciri baharu ini telah mula diperkenalkan kepada pengguna tempatan bermula daripada hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami