Nokia 5.3 Mula Menerima Kemas Kini Android 11

Diterbitkan pada Ogos 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia 5.3 telah dilancarkan di Malaysia sekitar 2020 dengan tanda harga RM799. Mengikut perancangan awal, Nokia 5.3 dijadualkan menerima kemaskini pada suku keempat tahun lalu. Namun begitu, ia dilihat mengalami kelewatan hampir enam bulan dan kemaskini berkenaan akhirnya mula ditawarkan semalam.

Seperti biasa, kemaskini berkenaan akan diedarkan secara berperingkat dan bukan semua pengguna akan menerimanya secara serentak. Difahamkan, 30% daripada pasaran terlibat telah diluluskan dengan serta-merta – termasuk Malaysia. Sementara itu, kemaskini 50% lagi akan dilaksanakan pada hari ini (5 Ogos 2021) dan selebihnya pula pada 6 Ogos 2021. Seperti biasa, anda boleh membuat semakan untuk OTA Android 11 bermula hari ini.

Nokia 5.3 dilengkapi skrin 6.55-inci FHD+ Pure Display, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan 10W, empat kamera belakang gabungan 13-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel.

Sumber : Nokia Community , Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami