Pada awal kemunculannya, Huawei Nova 8 telah dilancarkan di China. Ketika itu, antara satu titik utama pada Huawei Nova 8 adalah penggunaan cip Kirin 985, kuad-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel, skrin 90Hz dan lain-lain.
Terkini, sebuah lagi variasi terkini Huawei Nova 8 diperkenalkan untuk pasaran Russia. Dari aspek fizikal, ia masih membawakan reka bentuk yang sama seperti sebelumnya. Perbezaan utama terletak pada penggunaan cip pemprosesan – iaitu ia menggunakan cip Kirin 820E. Seterusnya, ia juga dilengkapi kemaskini EMUI 12 – berbeza dengan model di China yang menggunakan EMUI 11.
Untuk spesifikasi khusus, Huawei Nova 8 dilengkapi 6.57-inci OLED dengan resolusi FHD+ (2340 × 1080 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Selain daripada cip Kirin 820E, ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 3,800mAh.
Untuk fotografi, kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (Makro). Manakala, kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.0, sambungan USB-C, pengimbas cap jari pada paparan dan sebagainya. Untuk harga, Huawei Nova 8 dijual di Rusia pada RUB39,999 (~RM2,304).