Cari @ Amanz

55% Pelajar Lebih Gemar Pembelajaran Bersemuka Berbanding Atas-Talian – Matematik Paling Sukar Dipelajari Atas-Talian

Oleh Aman

Link Copied!

Kaspersky kini telah melakukan bancian melibatkan kanak-kanak di rantau Asia Pasifik, melibatkan berkenaan dengan pembelajaran atas-talian disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.

Melalui bancian yang dilakukan, 55% pelajar di rantau Asia Pasifik lebih gemarkan pembelajaran bersemuka. Antara sebab ia tidak digemari adalah disebabkan oleh keperluan menghabiskan masa yang terlalu lama dihadapan skrin, selain pada masa yang sama masalah teknikal yang turut memberikan kesan terhadap pembelajaran.

Pada masa yang sama, pelajar turut mengatakan terdapat bahan pembelajaran yang lebih sukar untuk pembelajaran atas-talian berbanding bersemuka.

Bercakap mengenai matapelajaran, pelajar mengatakan Matematik paling sukar untuk dipelajari secara atas-talian, diikuti oleh Kimia, Fizik dan juga Biologi.

Bancian Kaspersky turut memperlihatkan yang mana ibubapa turut tidak menyukai format pembelajaran atas-talian, dan tidak ingin meneruskannya selepas pandemik ini berakhir. Sebab utama yang diberikan adalah kerana masa terlalu lama dihadapan skrin, selain kualiti pendidikan yang menurun.

Kaspersky melakukan bancian ini dalam memahami lebih berkenaan situasi ketika era pandemik ini, dan pada masa yang sama mengkaji bagaimana Kaspersky Safe Kids dapat membantu ibubapa dalam membantu melindungi anak-anak mereka.


Komen ()