Cari @ Amanz

Aplikasi Facebook Dikemaskini Bagi Memudahkan Pencarian Tetapan Privasi

Link Copied!

Privasi ialah perkataan yang lima tahun yang lalu tidak ramai yang peduli kerana ia bayaran kepada perkhidmatan ‘percuma’ yang dinikmati. Tetapi dengan pengguna lebih cakna mengenai nilai data dan tidak mahu dijejak sepanjang masa, pembangun aplikasi mula memberikan cara untuk pengguna memadam atau menghadkan pengumpulan data peribadi mereka.

Facebook hari ini mengumumkan aplikasi telefon pintar mereka telah dikemaskini untuk memudahkan lagi pengguna mencari tetapan privasi. Antaranya ialah memudahkan lagi pengguna mencari tetapan tertentu seperti perkongsian data pengiklanan. Pemeriksaan tahap privasi juga lebih mudah kerana ia dipaparkan dengan lebih jelas.

Selain itu pilihan kategori juga dirombak untuk kelihatan lebih ringkas dengan penggunaan bahasa yang lebih mudah difahami kebanyakan pengguna. Aplikasi versi baharu dengan tetapan terkini ini boleh dimuat turun sekarang untuk peranti Android, iOS, web dan FB Lite.


Komen ()