Cari @ Amanz

AirPods dan AirPods Pro ialah fon telinga yang paling popular sekarang yang memberikan Apple pegangan yang besar dalam pasaran peranti boleh pakai. Ia mendapat pujian kerana rekaan yang menarik dan kemampuan audio yang memuaskan. Kelak menerusi kemas kini ia akan mendapat ciri baharu yang sama seperti sepasang Gaalxy Buds.

Kemas kini AirPods Pro Firmware Beta yang baru diberikan mengaktifkan mod Conversation Boost. Menerusinya pemakai boleh meningkatkan tahap audio sekeliling dan secara tidak langsung AirPods boleh digunakan sebagai alat bantuan pendengaran. Ini adalah antara ciri menarik yang telah disokong Galaxy Buds dan kami kerap menggunakannya di pejabat untuk mendengar perbualan rakan yang duduk berjauhan.

Kemasan perisian untuk AirPods ini akan hadir serentak dengan iOS 15 kelak yang diberikan pada suku ke-empat 2021 bersama dengan model terkini iPhone 13. Jika anda selama ini inginkan ciri bantuan pendengara pada AirPods, anda hanya perlu menanti beberapa bulan sahaja lagi

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd