Bagi yang aktif dalam dunia custom ROM, anda pasti perasan yang penggunaannya sudah tidak sehebat suatu ketika dahulu. Ini kerana pengeluar peranti sudah semakin mahir dalam menawarkan pada sistem operasi mereka. Satu sebab lagi adalah Android 9, Android 10, Android 11 pengalamannya masih lebih kurang sama – membuatkan custom ROM bosan.

Tetapi, dengan Android 12 diperkenalkan dan perubahan yang Google lakukan pada AOSP. Custom ROM kelak mungkin boleh menjadi aktif kembali. Sejak Google mempunyai telefon pintar Pixel dengan Android asli, semakin banyak ciri dan fungsi AOSP di tambah. Tetapi aplikasi Google dan integrasi GMS menjadi terhad dan eksklusif kepada Pixel sahaja.
Paling ketara perubahan ini berlaku dalam Android 12 dengan sistem tema Material You. Majoriti perkara menarik dalam ciri tema dan rekaan antaramuka serba baharu ini seperti monet dan sistem warna adaptif hanya boleh didapati pada Pixel. Disebabkan itu custom ROM mula menawarkan kemampuan sistem tema ini dan buka sahaja tidak terhad kepada Pixel – tetapi sistem ini diubahsuai untuk digunakan pada Android 11. Sebelum ini ProtonAOSP, terkini DotOS pula melalui penawaran versi 5.1.

Melalui DotOS 5.1, sistem tema mereka dinamakan sebagai MonetWannabe. Melalui kejayaan pembangun ProtonAOSP yang menawarkan sistem tema seakan monet secara sumber terbuka, pembangun bebas Quinny899 berjaya mencipta enjin tema diberi nama MonetCompat untuk pembangun custom ROM lain menggunakannya.
DotOS mengintegrasikan sistem MonetCompact secara lebih meluas, berbeza dengan Android 12 asal dan pada iterasi ProtonAOSP. Sistem mereka yang digelar MonetWannabe meliputi keseluruhan laman tetapan, bahagian mengenai peranti, panel terapung aras suara, pengurus bateri, bahagian kemaskini OTA, menyokong warna dinamik serta sistem gambar latar adaptif mengikut corak penggunaan.

Mereka yang berminat sudah boleh uji DotOS 5.1 pada beberapa peranti terpilih. Tetapi pengalaman secara menyeluruh akan ditawarkan pada DotOS 5.2. Peranti yang disokong buat masa ini adalah;
- Poco M3/Redmi 9T/Redmi 9 Power/Redmi Note 9 4G
- Realme 3 Pro
- Mi Note 10 Lite
- Redmi 7A
- Redmi Note 10 Pro/Pro Max
- OnePlus 8T
- OnePlus 7T/7T Pro
- Motorola Z2 Play
- Poco X3 Pro
- Mi 6X