Cari @ Amanz

Rasanya baru sahaja kami di Amanz melaporkan mengenai kewujudan peranti terkini di bawah siri Honor Play – iaitu Honor Play 5T Pro. Terkini, ia didapati telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran China. Melaluinya, ia ditawarkan pada harga RMB1,499 (~RM976) dan boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Phantom Night Dark dan Titanium Empty Silver.

Untuk spesifikasi khusus, ia membawakan skrin TFT LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G80, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Seterusnya, ia menampilkan dwi-kamera di belakang dengan tetapan 64-Megapixel untuk sensor utama dan 2-Megapixel untuk tujuan kedalaman. Manakala, kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi dan banyak lagi.

Sumber : Honor Mall

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd