Oppo Reno6 Dan Reno6 Z Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM1699

Diterbitkan pada Ogos 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pasaran Malaysia kini menerima dua lagi peranti baharu daripada Oppo – iaitu Oppo Reno6 dan Oppo Reno6 Z. Kedua-duanya hadir dengan menampilkan reka bentuk yang moden dan premium. Disamping, beberapa ciri fotografi menarik yang sememangnya sinonim dengan siri Reno yang memfokuskan kepada keupayaan kamera.

Bagi yang berminat, Oppo Reno6 ditawarkan pada harga RM2,399. Sementara itu, Oppo Reno6 Z pula berharga RM1,699. Anda boleh membuat pra-tempahan bermula 5 – 13 Ogos 2021 dan jualan pertama akan bermula pada 14 Ogos 2021. Menariknya di sini, setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM799. Ianya terdiri dengan Oppo Enco Buds (bernilai RM159), servis Cloud HeyTap selama 1 Tahun dengan Storan 1TB (bernilai RM343), Powerbank (bernilai RM99), Smart Tag (bernilai RM79) dan Bluetooth Speaker (bernilai RM99).

Dalam pada itu, eksklusif buat semua ahli My OPPO App, anda boleh menebus tawaran terhad berupa kod promo bernilai RM100 untuk pembelian siri Oppo Reno6 5G. Di samping itu, anda juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM30 apabila anda pra-tempah Reno6 z 5G atau Reno6 5G.

Oppo Reno6 dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya menggunakan cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4300mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Kamera utama terdiri dengan tetapan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – rangkaian 5G terbina, pengimbas cap jari pada skrin, menjalankan ColorOS11 berasaskan Android 11 dan banyak lagi.

Oppo Reno6 Z pula dilengkapi skrin 6.4-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Paparannya hanya menyokong kadar segar semula standard 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 800U, memori 8GB RAM (tambahan 5GB RAM), storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4310mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W.

Untuk fotografi, ia menampilkan sistem tri-kamera utama 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Makro). Seterusnya, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari pada skrin, bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C dan banyak lagi.

Beli Dari Lazada : Oppo Reno6 | Oppo Reno6 Z
Beli Dari Shopee : Oppo Reno6

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami