Oppo Enco Air Turut Diumumkan – Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM299

Diterbitkan pada Ogos 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan siri Oppo Reno6, jenama ini juga tidak ketinggalan hadir dengan penawaran aksesori audio baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, Oppo Enco Air telah diperkenalkan secara rasmi dengan tanda harga RM299. Ia merupakan set fon telinga dari jenis terbuka dengan rekaan badan bertangkai panjang yang mempunyai panel kawalan sesentuh. Bagi yang berminat, ia sudah boleh dibeli menerusi beberapa platform atas talian seperti kedai atas talian rasmi Oppo, Lazada dan Shopee.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo Enco Air dilengkapi pemandu audio sebesar 12mm. Selain itu, ia juga disertakan dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar untuk sokongan panggilan lebih baik. Selain itu, ia juga disertakan pelindungan kalis air IPX4, ketahanan bateri maksimum 24 jam dan Game Mod yang dipertingkatkan dengan latensi 80ms. Seterusnya, fon telinga ini juga disertakan dengan sokongan kawalan sesentuh bagi membolehkan penguna mengawal sejumlah ciri dan akses pintas. Spesifikasi lain termasuklah – port sambungan USB-C, Bluetooth 5.2 dan sebagainya.

Beli Dari Oppo Online Store : Oppo Enco Air
Beli Dari Lazada : Oppo Enco Air
Beli Dari Shopee : Oppo Enco Air

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami