Cari @ Amanz

HTC Mungkin Memperkenalkan Tablet Dengan Dwi-Kamera Tidak Lama Lagi

Oleh Aman

Link Copied!

Nama HTC kian lama kian hilang daripada arena peranti mudah-alih. Sudah lama kita tidak melihat HTC memperkenalkan peranti baharu mereka, dan dilihat lebih memfokuskan kepada arena realiti-maya melalui HTC Vive.

Apa pun, kini ia dilihat HTC mungkin melakukan kejutan dengan memperkenalkan sebuah tablet berspesifikasi pertengahan tidak lama lagi.

Agak pelik untuk melihat HTC hadir dengan tablet dan bukannya telefon pintar. Melalui info tertiris yang hadir, HTC dijangka memperkenalkan HTC A100 – sebuah tablet dengan cip Spreadtrum T618 yang telah diperkenalkan pada 2019 lepas, selain skrin 10.1-inci, dan dwi-kamera belakang.

HTC dijangka menawarkan ia pada harga kompetitif – dan mungkin menjadi pilihan untuk mereka yang memerlukan tablet untuk tujuan pembelajaran pada musim pandemik ini.

Ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan melancarkannya – atau adakah pengeluar Taiwan berkenaan akan membatalkan menyeluruh pengenalan tablet ini. Sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan dengan peranti ini.


Komen ()