Cari @ Amanz

Microsoft Malaysia sedia menyasarkan untuk membantu rakyat tempatan meningkatkan kemahiran dan bersedia menyertai era ekonomi digital. Menariknya, selain daripada kerjasama dengan pelbagai pihak di Malaysia, Microsoft turut menyediakan platform pembelajaran secara atas-talian untuk memudahkan proses pembelajaran.

Dikongsikan oleh K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, tiga platform berkenaan adalah Microsoft Learn, LinkedIn Learning, dan juga GitHub Learning Lab.

Microsoft Learn

Microsoft Learn merupakan platform pembelajaran yang memfokuskan kepada produk-produk Microsoft. Antaranya adalah termasuk meliputi berkaitan perkomputeran awan Azure, .NET, Dynamics 365, Microsoft Graph, Visual Studio dan sebagainya.

Pembelajaran disediakan dalam bentuk bertulis, selain Microsoft turut menyediakan Learn TV untuk dalam video.

LinkedIn Learning

Berbeza dengan Microsoft Learn yang lebih memfokuskan kepada teknikal, LinkedIn Learning meliputi menyeluruh dalam membantu kerjaya anda.

Dibawahnya, ia disediakan sejumlah pembelajaran menarik yang boleh meningkatkan kemahiran pengguna. LinkedIn Learning ditawarkan percuma untuk bulan pertama, selain versi berbayar yang ditawarkan pada harga RM123.58 sebulan.

LinkedIn Learning juga turut menyertakan sejumlah sesi langsung bersama pakar seluruh dunia untuk memudahkan anda bertanya soalan dan sebagainya.

GitHub Learning Lab

GitHub Learning Lab adalah salah satu kaedah menarik untuk pembelajaran, dengan menyelesaikan sejumlah tekaria, selain kaedah pembelajaran interaktif untuk menyelesaikan beberapa projek.

GitHub Learning Lab ini dijayakan dengan penggunaan bot khusus untuk memudahkan pembelajaran. Topik pembelajaran meliputi penggunaan GitHub, pembangunan program sumber terbuka, pembangunan, pengaturcaraan dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan yang disediakan oleh Microsoft ini dalam terus menambah-baik kemahiran anda setiap hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd