Minggu ini Twiter Fleets telah dimatikan selepas ia tidak digunakan secara meluas. Dengan tumpuan tidak lagi diberikan kepada ciri mesej terpadam dalam masa 24 jam, Twitter menggandakan usaha pula kepada Spaces yang menjadi saingan kepada Clubhouse.

Hari ini Twitter Spaces memperkenalkan sebuah lagi ciri baharu yang membenarkan dua lagi pengguna menjadi hos-bersama (co-host). Dengan dua hos bersama, tiga pengguna boleh melakukan jemputan panel yang akan bercakap, menghantar notifikasi, dan menguar-uarkan sesi yang akan diadakan. Oleh itu proses mengawal sesi Spaces menjadi lebih mudah tanpa semuanya dikawal oleh seorang sahaja. Yang tidak boleh dilakukan mereka hanya menamatkan sesi sesi Spaces dan membuang hos yang lain sahaja.
Untuk menggunakan ciri ini, hos utama perlu terlebih dahulu menjemput dua hos bersama menerusi jemputan. Selepas mereka bersetuju sesi yang dijadualkan boleh dikawal oleh ketiga-tiga pengguna Spaces ini. Had jumlah panel yang bercakap masih lagi 10 orang.