Binance merupakan salah satu platform yang memudahkan proses jual-beli kriptowang. Sebelum ini, pihak Suruhanjaya Sekuriti telah meminta pihak Binance mematikan akses perkhidmatan web dan aplikasi Binance di Malaysia kerana tidak mempunyai kebenaran operasi.
Lanjutan daripadanya, pihak Binance tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi sehingga ke hari ini. Namun, agak mengejutkan kerana kini hadir penyenaraian pencarian pekerja oleh Binance di Malaysia.

Daripada laman Binance sendiri, mereka dilihat sedang mencari pentadbir pejabat yang berpusat di Malaysia, selain mana terdapat juga penyenaraian yang mana mereka ingin mencari pengarah untuk pasaran Malaysia.
Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Binance akan membuat permohonan untuk operasi di Malaysia atau sebaliknya. Masih terdapat beberapa hari lagi sebelum tempoh 14 hari bekerja Suruhanjaya Sekuriti tamat dan memerlukan pihak Binance menghalang pelaburan ke platform mereka dari Malaysia.
Buat masa ini, terdapat tiga platform kriptowang yang menerima pengesahan di Malaysia, dan salah satu yang popular adalah Luno.
(Sumber : RinggitPlus)