Cari @ Amanz

Dompet Digital Razer Pay Akan Ditamatkan – Keluarkan Wang Anda Sebelum 30 September 2021

Oleh Aman

Link Copied!

Terdapat sejumlah dompet digital di Malaysia, dan salah satunya adalah Razer Pay. Apa pun, perkhidmatan berkenaan bakal ditamatkan tidak lama lagi.

Pihak Razer Pay telah mula menawarkan kemaskini untuk aplikasi dompet digital mereka, sekaligus memperlihatkan peringatan yang mana dompet digital berkenaan akan berhenti beroperasi tidak lama lagi.

Razer Pay tidak lagi akan menerima pendaftaran pengguna baharu selepas hari ini, dan ia tidak lagi akan ditawarkan selepas 1 Oktober 2021 kelak.

Selain pendaftaran, pengguna Razer Pay juga tidak boleh melakukan tambah-nilai ke dompet digital berkenaan selepas hari ini, 6 Ogos 2021.

Selari dengannya, pengguna Razer Pay diminta untuk membuat pengeluaran wang dan dana anda daripada dompet digital berkenaan secepat mungkin.

Bagi anda yang menggunakan Razer Pay, anda diminta melakukan pengeluaran sebelum 30 September 2021 kelak. Anda boleh melakukannya dengan ke tab “Withdraw > Cash Out > Add Bank Account > Select Bank Accounts”.

Razer Pay menawarkan pengeluaran maksima RM1,500 sehari, dengan maksimum 5 transaksi dalam sehari. Pengeluaran dana akan mengambil sehingga 5 hari bekerja sebelum anda menerimanya pada akaun bank anda.

Baca : FAQ Razer Pay

Komen ()