Cari @ Amanz

Xiaomi Menduduki Tangga Pertama Di Malaysia Untuk Suku Kedua 2021 – Mendahului Samsung Dan Vivo

Oleh Aman

Link Copied!

Xiaomi hari ini turut berkongsi pencapaian mereka di Malaysia, dimana pada suku kedua 2021 yang lepas – iaitu untuk tempoh April hingga Jun 2021, Xiaomi masih kekal menduduki tangga pertama penjual telefon pintar di Malaysia.

Xiaomi mendahului Samsung, Vivo, Oppo dan juga Realme. Xiaomi dilihat mempunyai pegangan pasaran sebanyak 24%, berbanding Samsung dan Vivo dengan pegangan sebanyak 21%.

Perkembangan ini selari dengan angka yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan Xiaomi menduduki tangga kedua pengeluar peranti pada peringkat global untuk tempoh suku kedua 2021 yang lepas, dan memperlihatkan pencapaian ke tangga pertama pada bulan Jun 2021.

Bergerak kehadapan, Xiaomi dilihat mungkin akan menerima lebih persaingan, dan semestinya ia akan mencabar untuk terus kekal di tangga teratas – terutamanya dengan cabaran dalam arena ini yang agak sengit.


Komen ()