Cari @ Amanz

Maybank mengumumkan komputer riba bernilai RM6.5 juta di bawah skim Tabung CERDIK ang diumumkan ketika belanjawan negara yang lalu. Sehingga kini 3200 pelajar dari golongan pendapatan rendah dari 30 sekolah seluruh negara telah menerima sumbangan komputer riba Dell Latitude 3310 bersama dongle dengan langganan Internet selama 12 bulan.

CERDIK ialah tabung tanggungjawab sosial yang mengumpulkan dana dari 15 syarikat GLC dan GLIC tempatan. Antara yang menyumbang ialah Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Petronas. Yayasan Hasanah akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan sumbangan dapat disasarkan dengan lebih bijak dan kepada golongan memerlukan.

Tabung CERDIK bukanlah inisiatif baru tetapi sebenarnya diumumkan ketika belanjawan 2021 pada November lalu. Dengan dana RM150 juta, CERDIK menyasarkan pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar di 500 buah sekolah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd