Beberapa Perkhidmatan Maybank Tidak Boleh Diakses Untuk Sementara Sebagai Persediaan 8.8

Diterbitkan pada Ogos 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maybank dalam satu kenyataan di media sosial rasminya memaklumkan bahawa sejumlah perkhidmatan utamanya akan tergendala pada hari Sabtu ini – iaitu 7 Ogos 2021. Ia berikutan, proses penyelenggaraan sistem oleh Maybank bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman membeli-belah lebih baik pada jualan Mega 8.8 yang akan berlangsung pada tengah malam. Berikut adalah senarai perkhidmatan utama yang terlibat :

  • Maybank2u & pembayaran atas talian.
  • Aplikasi MAE.
  • Aplikasi QRPay Biz.
  • Aplikasi Maybank Wealth.
  • Pembayaran FPX.
  • Transaksi kad debit.
  • Mesin ATM.
  • Mesin deposit cek.
Maybank

Kesemua perkhidmatan yang tersenarai tidak dapat diakses di antara jam 11.30 malam hingga 11.59 malam pada tarikh yang dinyatakan seperti di atas. Pihak Maybank memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan sebarang pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi mereka dengan menghantar emel di [email protected]

Sumber : Maybank

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami