Google Pernah Pertimbang Untuk Membeli Epic Games

Diterbitkan pada Ogos 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Epic Games sedia memfailkan saman terhadap Apple dan juga Google, disebabkan oleh cukai atau yuran yang dikenakan oleh penyedia platform terhadap aplikasi yang diterbitkan.

Seperti semua sedia maklum, perbicaraan berkenaan kes ini sedang berlaku, dan terbaru melalui pemfailan dokumen di mahkamah, beberapa perkara diketahui. Dokumen terbaru ini memperlihatkan yang mana Google pernah mempertimbangkan untuk membeli Epic Games pada satu ketika.

Google dikatakan telah membangunkan beberapa projek dalaman untuk mengatasi ancaman yang dilihat mungkin dibawa oleh Epic disebabkan oleh kaedah peerimaan pembayaran diluar platform Google. Dan salah satu kaedah yang turut dilihat ketika itu adalah mempertimbang untuk membeli Epic Games tersebut sendiri.

Apa pun, ia tidak diketahui pada tahap apakah pertimbangan berkenaan, dan adakah Google telah menawarkan tawaran pembelian dan sebagainya kepada Epic Games ketika itu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami