Video Apple AirPower Yang Berfungsi Tertiris Ke Internet

Diterbitkan pada Ogos 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple AirPower sepatutnya menjadi pengecas nirwayar rasmi pertama dari Apple dengan kemampuan mengecas lebih dari satu peranti secara serentak. Keunikannya ialah pengguna boleh meletakkan peranti bebas pada permukaan AirPower untuk mengecas. Pada awalnya pembangunan dikatakan telah dihentikan sebelum muncul berita ia diteruskan semula.

Kini video sebuah prototaip AirPower berfungsi dan mengecas sebuah iPhone telah dimuat naik oleh Giulio Zompetti. Apabila peranti dicas, animasi unik dipaparkan pada skrin iPhone yang sebelum ini hanya dilihat pada video promosi AirPower sahaja. Video walau bagaimanapun tidak menunjukkan AirPower mengecas lebih daripada satu peranti serentak.

Tidak diketahui sama ada Apple masih meneruskan pembangunan AirPower selepas MagSafe kini menjadi sistem pengecasan nirwayar rasmi Apple dengan ia dilaporkan akan diberikan juga kepada iPad dan MacBook dalam masa terdekat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami