Spotify Menangguhkan Pembangunan Sokongan AirPlay 2

Diterbitkan pada Ogos 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spotify telah mengesahkan mereka menangguhkan pembangunan sokongan AirPlay 2 pada aplikasi iOS mereka. Kenyataan telah dikeluarkan menerusi forum rasmi mereka dan ditemukan oleh MacRumors semalam. Pembangunan dihentikan selepas Spotify menghadapi masalah dengan kesesuaian pemacu audio yang menyebabkan ia menjadi projek yang lebih besar dari yang boleh mereka lakukan pada waktu ini.

AirPlay 2 ialah protokol audio yang sudah digunakan pada peranti Apple sejak 2018 lagi untuk membawakan sokongan penstriman audio, video dan Siri pada multi peranti menggantikan AirPlay asal yang diperkenalkan pada tahun 2010. Dengan pembangunan AirPlay 2 pada aplikasi Spotify ditangguh, sokongan natif pada HomePod juga mungkin tidak lagi akan diteruskan. Sekiranya sokongan AirPlay 2 adalah penting bagi anda, satu-satunya alternatif ialah bertukar ke Apple Music.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami