Cari @ Amanz

Awal bulan ini pemberian vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tanpa temu janji dimulakan di Lembah Klang. Pada awalnya ia dibuka untuk golong berisiko tinggi seperti warga emas dan OKU sebelum dibuka kepada semua bermula 9 Ogos hadapan. Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) kini mengesahkan pemberian tanpa temu janji dikembangkan ke seluruh negara.

Vaksin Covid

Perincian pelaksanaan vaksinasi tanpa temu janji akan dimaklumkan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing. Ini termasuklah penjadualan vaksinasi dan kuota harian vaksinasi secara walk-in di PPV bagi setiap negeri. Vaksinasi tanpa temu janji adalah dikhususkan untuk kumpulan berikut:

  1. Warga emas.
  2. Orang Kurang Upaya (OKU).
  3. Individu dengan komorbid berusia 18 tahun dan ke atas.
  4. Individu yang terlepas suntikan dos kedua. Mereka boleh pergi ke mana-mana yang berhampiran dengan kediaman. Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan PPV vaksin dari jenis yang sama dengan dos 1 mereka, mereka akan dirujuk ke PPV lain.
  5. Guru, anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak di institusi pendidikan KPM.

CITF juga ingin memaklumkan bahawa jumlah suntikan tanpa temu janji harian adalah bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV. Mereka yang tidak berpeluang mendapat vaksinasi pada hari tersebut, ekoran kehabisan bekalan vaksin di PPV, nama mereka akan disenaraikan sebagai keutamaan untuk mendapatkan vaksinasi pada keesokan harinya.

CITF juga memohon agar orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memberi kerjasama kepada petugas di PPV ketika hadir untuk mendapatkan vaksinasi secara walk in bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dan memastikan kelancaran proses vaksinasi dan keselamatan di PPV.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd