Nubia merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi kebanyakkan pengguna – terutamanya dengan penawaran memfokuskan permua pada harga kompetitif. Terbaru, pihak Nubia dilihat turut telah membawa masuk satu lagi peranti untuk pasaran Malaysia, iaitu Nubia RedMagic 6R.

Nubia RedMagic 6R hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ dan menawarkan kadar segar semula sehingga 144Hz. Ia turut dilengkapi dengan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB berasaskan UFS 3.1. Melengkapkan peranti ini adalah bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 55W.
Pada bahagian belakang peranti, ia menyertakan kuad-kamera dengan sensor utama 64-megapixel, selain kamera utama 16-megapixel.
Nubia Red Magic 6R turut hadir dengan sokongan penyejukan serta pengoptimasian khusus untuk permua. Ia menjalankan sistem operasi berasaskan Android 11 bersama-sama antaramuka RedMagic OS 4.0.
Di Malaysia, Nubia RedMagic 6R dengan 8GB RAM dan 128GB storan ditawarkan pada harga RM2099, sementara model 12GB RAM dan 256GB storan pada harga RM2599.