Apple Arcade Kini Mempunyai Lebih 200 Permainan

Diterbitkan pada Ogos 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Arcade merupakan perkhidmatan langganan permainan yang ditawarkan oleh Apple – membolehkan pengguna membayar RM19.90 sebulan dan mengakses kepada katalog permainan yang ditawarkan.

Terbaru, melalui CNET angka permainan yang ditawarkan melalui platform berkenaan kini telah pun mencapai angka 200 permainan.

Apple Arcade

Akhir-akhir ini, sejumlah permainan baru telah ditambah, termasuk seperti Angry Birds : Reloaded, NBA 2K21 Arcade Edition, Alto’s Odyssey dan sebagainya.

Menariknya mengenai Apple Arcade juga adalah ia tidak terhad kepada iPhone semata-mata. Sebaliknya anda boleh melanggan ia sekali, dan mengaksesnya melalui iPhone, iPad, Mac mahupun AppleTV.

Apple Arcade ditawarkan pada harga RM19.90 sebulan, dan anda boleh turut mendapatkannya bersama berkas langganan Apple One.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami