China Memfailkan Saman Terhadap Tencent – Disebabkan Ciri “Youth Mode” Pada WeChat

Diterbitkan pada Ogos 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WeChat merupakan salah satu aplikasi popular di China yang ditawarkan oleh Tencent. WeChat digunakan untuk pelbagai kegunaan harian – bukan sekadar permesejan, tetapi juga untuk pembayaran dan sebagainya.

Terbaru, kerajaan China dilihat telah memfailkan saman terhadap Tencent disebabkan oleh ciri “Youth Mode” pada WeChat.

WeChat

Melalui ciri “Youth Mode”, ia akan mengehadkan pengguna daripada mengakses beberapa ciri-ciri, terutamanya melibatkan permainan, pembayaran dan penemuan rakan-rakan berdekatan. 

Ia tidak diketahui bagaimana ciri ini telah melanggar perundangan yang telah ditetapkan di China.

Sebelum ini, kerajaan China sedia aktif dalam memastikan para pengguna bawah umur lebih terlindung daripada bahaya-bahaya atas-talian, dan mula mengambil tindakan terhadap syarikat internet dalam memastikan hak pengguna bawah umur lebih terlindung.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami