Twitter kini telah berkongsi data terbaharu melibatkan tweet-tweet K-pop pada platform mereka. Menurut Twitter, untuk tempoh 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021, terdapat sekitar 7.5 bilion tweet yang berkaitan dengan K-pop dikongsikan pengguna – sekaligus mencatatkan rekod terbaru pada platform berkenaan.

Angka ini memperlihatkan peningkatan positi dari tahun ke tahun, sekaligus menunjukkan budaya k-pop yang semakin popular, selain peminatnya yang kini lebih ramai berinteraksi antara satu sama lain melalui Twitter.


Malah, jikalau dilihat dari negara yang berkongsi berkaitan K-pop di Twitter, Malaysia menduduki tangga ke-7 – memperlihatkan angka peminat k-pop yang agak tinggi di Malaysia. Dan jikalau dibandingkan dari segi angka peminat k-pop, Malaysia menduduki tangga ke-9 secara keseluruhannya.