Cari @ Amanz

Gambar Redmi 10 Hadir Tertiris Ke Arena Web – Dijana Skrin 90Hz Bersama MediaTek Helio G88

Oleh Aman

Link Copied!

Kita sedia melihat Redmi 10 melepasi pengesahan Sirim di Malaysia, menandakan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menariknya, kini selari dengannya, di Singapura pihak Courts telah menyenaraikan penawaran peranti berkenaan.

Melalui penyenaraian berkenaan, ia memperlihatkan Redmi 10 akan dilengkapi skrin 6.5-inci berlubang kecil dengan sokongan kadar segar semula sehingga 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G88, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.

Redmi 10 ini dilihat turut dilengkapi empat kamera belakang gabungan 50MP + 8MP + 2MP + 2MP, selain bateri 5000mAh dengan pengecasan USB C.

Di Singapura, ia disenaraikan pada harga $249, iaitu sekitar RM736. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Redmi 10 ini akan memasuki pasaran tempatan.


Komen ()