Firefox Kehilangan Lebih 56 Juta Pengguna Dalam Tempoh 2 Tahun Ini

Diterbitkan pada Ogos 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mozilla Firefox merupakan salah satu pelayar web popular, yang dahulunya mempunyai pegangan pasaran yang tinggi – dan sering diposisikan sebagai pesaing untuk Internet Explorer.

Namun, sejak kehadiran Google Chrome, ia dilihat berubah dengan drastik. Terbaru, mengikut data yang hadir, ia dilihat Firefox telah kehilangan sekitar 56 juta pengguna dalam tempoh dua tahun sejak 2019 yang lepas.

Firefox

Daripada data yang dikongsikan Firefox, mereka mempunyai angka pengguna aktif sekitar 254 juta pada Januari 2019 yang lepas, dan kini pada Julai 2021, angka berkenaan adalah pada 198 juta sahaja.

Ia tidak diketahui mengapa – tetapi dengan perkembangan web, Firefox dilihat kehilangan penggua dari hari ke hari.

Antara sebabnya dilihat kerana peralihan ke arena peranti mudah-alih yang membuatkan pengguna selesa dengan Google Chrome dan juga Safari.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih menggunakan Firefox? Atau anda turut telah beralih ke pelayar web alternatif yang lain?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami