Windows 11 Bakal Menyertakan Ciri “ Sesi Fokus Produktiviti” – Mengintegrasikan Spotify

Diterbitkan pada Ogos 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Windows 11 bakal membawakan sejumlah ciri baharu bersama dengannya, dan terbaru pihak Microsoft mengacah sebuah ciri baharu yang akan ditawarkan, dinamakan “Focus Sessions”.

Melalui ciri ini, ia akan membolehkan anda memfokuskan kepada tugasan anda untuk tempoh yang ditetapkan, dan mengelak sebarang gangguan lain. Anda boleh menetapkan pemasa untuk tempoh fokus anda, dan tiada sebarang gangguan akan dipaparkan – mungkin dari segi notifikasi dan sebagainya.

Dalam memudahkan anda memfokuskan kepada sesi produktiviti anda, sambil mendengar lagu – Microsoft turut mengintegrasikan Spotify pada Windows 11. Dengan langkah ini, anda boleh memfokuskan kepada tugasan, sambil mendengar kepada lagu. Integrasi ini juga akan menguntungkan bukan sahaja pihak Microsoft, tetapi juga pihak Spotify sendiri.

Malah, dengan langkah ini, pengguna tidak memerlukan sebarang aplikasi “Pomodoro” lain ketika ingin benar-benar fokus dalam produktiviti – sebaliknya menggunakan tetapan terbina pada Windows 11 sahaja.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan penawaran “Focus Sessions” ini daripada Microsoft tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami