Cari @ Amanz

Untuk mencipta sesebuah kandungan yang menarik bukan mudah. Selain daripada kreativiti dan idea unik tanpa unsur menciplak, kelengkapan peralatan juga memainkan peranan penting dalam proses menentukan hasil sesebuah karya. Di era moden serba canggih ini, anda boleh mencipta pelbagai penyelesaian secara mudah alih. Tak percaya? Inilah sebenarnya yang berlaku.

Ditambah pula, dunia kini sudah banyak berubah. Kamera DSLR tidak lagi menjadi satu ‘medium utama’ untuk penghasilan gambar atau kandungan video yang menarik. Boleh dikatakan, ramai di antara kita yang sudahpun beralih kepada penggunaan telefon pintar sahaja. Selain daripada mudah dikendali, ia juga membolehkan kita memproses sesuatu kandungan itu dengan lebih cepat dan mudah. Misalnya, tangkap dan segera kongsikan di mana-mana medium yang dimahukan.


Tetapi, Apakah Pilihan Telefon Pintar Yang Kita Ada?

Tidak usah pening-pening kepala lagi, kami ada jalan penyelesaiannya. Justeru, apa kata anda cuba Samsung Galaxy Z Flip! Telefon pintar ini sememangnya mampu menjanjikan kepelbagaian peningkatan perkakasan dan ciri yang baik untuk mengubah cara kita berkarya. Pernahkan anda terfikir mengenainya? Jika tidak, berikut adalah beberapa ciri menarik pada Samsung Galaxy Z Flip yang pastinya memberi banyak kemudahan dan manfaat buat anda semua dalam memahami tentang keperluan untuk melakukan sesuatu yang berbeza.


Flex Mode

Ciri yang dilihat mampu membawakan perubahan besar untuk pengalaman bergambar ke tahap baru. Di sini, anda tidak lagi memerlukan tripod atau monopod untuk membuat tangkapan gambar swafoto. Bagaimanakah ia berfungsi? Kami akan berikan contoh situasi bagi memudahkan anda memahaminya.

Anda ingin mengambil gambar swafoto bersama rakan-rakan secara bebas. Apa yang perlu anda lakukan? Mudah sahaja! Anda hanya perlu membuka telefon pintar dalam bentuk L, kemudian meletakkannya di atas permukaan rata – misalnya meja. Usah risau, kerana ia mampu sahaja diletakkan secara stabil dan dibuka dalam pelbagai sudut berbeza.

Melaluinya, ciri Flex Mode akan memaparkan aplikasi kamera pada sebahagian skrin atas telefon pintar. Sementara itu, skrin di bawah pula membolehkan anda untuk mengawal ciri kamera dan mengetik pratonton pada galeri untuk melihat foto atau video yang diambil. Mudah bukan? Untuk makluman, Flex Mode turut menyokong tangkapan menerusi arahan suara.


Freestop Folding System & Mod Malam Pelbagai

Samsung Galaxy Z Flip turut dilengkapi Freestop Folding System yang memboleh anda bermain dengan sesi fotografi pada pencahayaan rendah dengan baik. Tidak dinafikan, menangkap gambar malam dengan kesan pencahayaan yang menarik pastinya tidak mudah. Tetapi, bukanlah satu hal yang mustahil. Freestop Folding System akan berfungsi seakan tripod yang memberikan kestabilan bagi menjadikan hasil foto kelihatan lebih baik setiap kali anda menangkapnya. Ia kemudiannya digabungkan dengan pelbagai mod malam menarik yang pastinya mampu menyerlahkan kreativiti diri. Misalnya, merakam video hyperlapse di waktu malam yang memukau.


Quick Selfie Mode

Bolehkah anda merakam setiap momen indah tanpa mengira waktu? Jawapannya, tentulah BOLEH! Dengan ciri Quick Selfie Mode pada Samsung Samsung Galaxy Z Flip, pasti mudah untuk anda merakam segala gambar kenangan dengan satu klik pada aplikasi kamera. Tidak terhad kepada gambar statik sahaja. Bahkan, anda juga boleh mengekspresikan diri secara kreatif dengan mengubahnya menjadi animasi GIF secara serta-merta. Ia secara tidak langsung dapat menimbulkan kelainan seterusnya hasil gambar pula tidak akan membosankan.


Multi-Active Window

Ciri yang dilihat sangat membantu dalam memudahkan anda untuk tujuan multi-tugas. Salah satu contohnya, proses suntingan video. Apabila gambar atau video yang dimahukan telah diambil, langkah seterusnya adalah kita perlu menyuntingnya untuk menghasilkan kandungan lebih menarik. Dengan adanya fungsi ini, proses suntingan akan menjadi lebih mudah. Mengapa? Di sini, anda boleh melakukan dua proses kerja dalam satu masa.

Masih ingat dengan ciri Flex Mode dalam beberapa perenggan di atas? Ia memaparkan gambaran konsep yang sama, di mana anda boleh menyunting gambar atau video pada satu skrin. Pada masa sama, anda boleh menggunakan satu lagi skrin lain untuk pratonton. Ia bukan sahaja membantu anda membuat pelbagai kerja dengan lebih pantas, malah lebih mudah. Tanpa mengira situasi, bermacam-macam perkara anda boleh lakukan dengan Samsung Galaxy Z Flip!


Samsung Galaxy Z Flip

Inilah caranya bagaimana Samsung Galaxy Z Flip mampu menyerlahkan sisi kreativiti anda. Dalam era dan persekitaran dunia yang setiasa berubah tidak mengenal waktu, Samsung Galaxy Z Flip mampu sahaja untuk menjadi peneman serba boleh yang memiliki kelebihan dalam kelas tersendiri.

Sekadar selingan, jangan lupa untuk bersama kami menyaksikan acara Samsung Galaxy Unpacked yang seterusnya pada hari Rabu ini, iaitu 11 Ogos 2021. Seperti biasa, kita boleh menyasarkan bahawa syarikat gergasi dari Korea Selatan ini akan muncul dengan pelbagai plot yang menarik dan kejutan yang tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd