Setel Kini Diperluaskan Untuk Pembayaran Nirtunai Di Pusat Servis Petronas AutoExpert

Diterbitkan pada Ogos 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setel merupakan salah satu aplikasi dompet digital yang menyokong pembayaran di stesen minyak Petronas. Dimulakan dengan fokus terhadap pembayaran pembelian minyak kenderaan, Setel juga telah diperluaskan untuk pembayaran pembelian di Kedai Mesra Petronas sebelum ini.

Terbaru, Setel turut memperluaskan sokongan mereka, dan menambah kebolehan untuk membuat pembayaran untuk tujuan servis kenderaan di Petronas AutoExpert.

Petronas AutoExpert

Dengan perkembangan terbaru ini, Setel selangkah lagi menjadi satu aplikasi setempat untuk pelbagai urusan pembayaran melibatkan kenderaan.

Buat masa ini, terdapat beberapa Petronas AutoExpert yang menyokongnya, termasuk di Shah Alam, Seri Manja, Seri Kembangan, Wangsa Maju, Sri Batu Caves, Bandar Bukit Raja, Kajang, dan Bandar Rinching Semenyih.

Pembayaran menggunakan Setel juga akan memberikan anda mata ganjaran Mesra yang boleh digunakan untuk beberapa tujuan, termasuk penukaran ke kredit Setel itu sendiri.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami