Touch n Go eWallet kini dilihat telah menambah satu lagi tahap atau bentuk akaun mereka, dinamakan sebagai Premium. Melaluinya, ia menawarkan beberapa kelebihan, termasuk had transaksi sehingga RM20,000 melaluinya.
Dengan pengenalan ini, ia menawarkan tiga pilihan akaun, iaitu Lite, Pro dan juga Premium.
Lite menawarkan had dompet RM200 dengan transaksi bulanan RM4,999.99, sementara Pro pula had dompet RM5,000 dengan transaksi bulanan RM5,000.
Premium yang terbaru menawarkan had dompet RM20,000 dengan transaksi sehingga RM20,000 setiap bulan, dan RM300,000 setiap tahun.
Untuk mengaktifkan ke akaun Premium, pengguna dilihat perlu menggunakan salah satu ciri yang disediakan memfokuskan kewangan, iaitu pelaburan Go+ atau pun TNG Car Insure. Selepas penggunaannya, pengguna akan diberikan pilihan untuk naik-taraf ke akaun Premium, sekaligus meningkatkan nilai transaksi sehingga RM20,000.
Dengan penawaran ini, ia sekaligus memudahkan pengguna melakukan pemindahan dan pembayaran mencapai sehingga RM20,000 dalam satu transaksi dengan mudah.