Lotus’s Malaysia yang dahulunya dikenali dengan Tesco Malaysia, kini dilihat meneruskan perluasan sokongan ekosistem digital mereka, dan terbaru telah mengumumkan kerjasama dengan pihak ShopeePay.
Penambahan ini hadir selari dengan lebih 25% pembeli mereka yang telah mula menggunakan kaedah pembayaran nirtunai.

Dengan pengenalan ShopeePay, ia memudahkan lagi para pengguna tempatan melakukan pembayaran, dan pada masa yang sama menikmati ganjaran melaluinya.
Sempena pengumuman ini juga, ShopeePay akan menawarkan pulangan tunai RM4 dengan perbelanjaan minimum RM40 dalam satu transaksi di mana-mana cawangan Lotus’s. Promosi ini adalah sehingga 29 September 2021 kelak.
Disamping itu, para pelanggan juga dapat menikmati pulangan tunai sebanyak RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 apabila mereka menggunakan ShopeePay di mana-mana cawangan Lotus’s dari sekarang hingga 31 Disember 2021. Walau bagaimanapun, setiap pengguna hanya akan menerima pulangan wang tunai RM3 sekali setiap hari.