Carian
Hanya Setatal Pada Z Fold2 Boleh Menjadikan Tugas Lebih Efisien
August 9, 2021 Fahim Zahar

Sementara masih menantikan pelancaran Galaxy Z Fold3, pengganti kepada Z Fold2 – tahukah anda Z Fold2 ini boleh dikatakan permulaan sebagai sebuah peranti mercu dengan skrin boleh-lipat sempurna? Peranti ini boleh dijadikan peneman hidup sepanjang lockdown kerana tugasan produktiviti lebih mudah dilakukan, menjadi lebih efisien dan ajaib.

Galaxy Fold2

Dengan fungsi seperti Multi-Active Window dan Multi-Window Tray, yang hanya boleh dikawal dengan beberapa kawalan gestur mudah – penggunaan sebuah telefon pintar akan mengubah hidup anda.

Banyak Tugas, Tapi Masa Singkat?

Dengan kemnudahan One UI pada Z Fold2 yang menawarkan fungsi menjalankan multi-tugasan lebih baik dari pesaing, tugasan yang banyak boleh diselesaikan dengan lebih pantas. Multi-Active Windows membenarkan pengguna menjalankan lebih daripada dua aplikasi serentak termasuk dengan tetingkap terapung.

Sambil aktif dalam sesi telesidang, sambal sunting dokumen dan sambal tonton video Amanz terkini hanya dihujung jari. Gunakan ciri split screen dan/atau pop-up view untuk menikmati fungsi menarik ini.

Akses Pintas Aplikasi Kegemaran

Kenapa membazir masa menggunakan pelancar pihak ketiga apabila pelancar sedia ada One UI sudah hebat? Kenapa rajin sangat buka satu aplikasi, pergi ke skrin utama dan buka aplikasi lain? Pada Z Fold2 satu klik boleh buka dua aplikasi terus.

Gunakan Multi-Window Tray untuk akses pintas kepada aplikasi kegemaran. Tetapkan sama ada aplikasi penstriman muzik kegemaran atau peta seperti Waze atau Google Maps sebagai satu ikon dan lancarkan kedua-duanya serentak dengan satu tap pada ikon. Jika ingin mencuba, menjalankan aplikasi Sarwa dan Amanz serentak pun tiada masalah.

Kongsi Amalan Mulia

Anda ada video menarik seperti sedang disuntik vaksin dos kedua? Imej meme kelakar golongan kayangan pertahan diri rentas negeri? Penggunaan multi-tugasan boleh mudahkan lagi untuk menghiburkan diri anda.

Gunakan ciri multi-tugasan untuk drag and drop apa jua fail. Sama ada aplikasi emel dengan aplikasi pengurus fail, aplikasi media sosial dengan aplikasi suntingan gambar dan banyak lagi. Gandingan dua aplikasi sebelah menyebelah yang berjalan serentak dapat mudahkan lagi kehidupan anda.

Tidak cukup dan tidak puas? Ketahui lebih lanjut mengenai Samsung Galazy Z Fold2 di;

Komen