Ramai pembaca mungkin sedia maklum yang mana Realme bakal memperkenalkan komputer riba mereka tersendiri tidak lama lagi. Menariknya, bukan komputer riba semata-mata, pihak Realme juga dilihat akan memperkenalkan sebuah aplikasi dan perisian dinamakan “PC Connect” untuk pengguna.

Melalui ciri ini, ia akan membolehkan para pengguna menghubungkan telefon pintar Realme mereka kepada komputer riba Realme dengan mudah.
Langkah ini akan memudahkan pengguna untuk melakukan beberapa pemindahan fail dan dokumen, selain memudahkan sejumlah urusan lain.
Untuk makluman, Samsung dan Huawei menyediakan ciri yang lebih kurang sama untuk pengguna mereka. Malah, Microsoft sendiri sedia menawarkan aplikasi khusus untuk memudahkan sambungan antara telefon ke komputer riba.
Dengan perkongsian terbaru ini, kita mungkin melihat beberapa lagi ciri baharu diketengahkan bersama-sama pengenalan komputer riba terbaru Realme kelak.